suria

Ibu Sandra terkejut, tahan sebak tengok kelibat mirip arwah dalam video muzik

MELIHAT lenggok dan cara pergerakan wanita di sebalik layar dalam video muzik berjudul ‘Sandra’ sudah cukup membuatkan ibu Allahyarham Sandra Dianne sebak.

Kata ibu arwah iaitu Nur Syakinah Abdullah, penghasilan video muzik berkenaan sekurang-kurangnya dapat mengubatkan kerinduannya terhadap Sandra.

“Wanita itu berjaya membawa karakter dengan baik... lenggok tangan dan cara libas rambut memang sama macam arwah, agak tersentuh hati dan saya cuba tahan air mata.

“Terasa macam arwah ada lagi dan seolah-olah memang dia sebab wanita itu bawa watak arwah dengan baik sekali, ” katanya kepada mStar.

Selain itu Syakinah berkata dia terharu apabila mengetahui Sandra cukup disenangi ramai ketika hayatnya.

“Selama hidupnya... selama dia jadi insan seni namanya tidaklah seharum mana. Tapi apabila dia masuk Big Stage dan baru saja nak naikkan nama, Allah panggil dia balik.

“Selepas dia pergi, baru orang kenal dia... walaupun agak terlambat tapi saya rasa bersyukur dan terharu, ” katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi