suria

“Jangan kau pecah amanah!” - Didie Alias bagi amaran keras, rakan kongsi didakwa ‘songlap’ duit syarikat

PELAKON Didie Alias mengalami kerugian ratusan ribu ringgit apabila wang milik syarikat didakwa dilesapkan oleh rakan kongsinya sendiri.

Ujar Didie, dia memberi tempoh selama tiga bulan kepada individu berkenaan untuk tampil memberi penjelasan namun peluang itu disia-siakan begitu sahaja.

“Jangan kau pecah amanah! Saya berdiam diri selama tiga bulan dan bagi dia masa untuk buktikan yang dia berada di pihak yang benar namun individu itu tak pernah datang... tapi tak apa, kita ada undang-undang.

“Saya dah buat laporan di balai polis dan sekarang dia sedang disiasat. Kerugian yang saya alami bukan sikit, kalau setakat seratus dua mungkin wartawan tak nak tahu fasal ini.

“Tapi ini melibatkan ratusan ribu ringgit dan itu adalah duit orang, bukan duit saya!” ujarnya kepada mStar.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi