suria

“Saya single tapi tak available... jangan buang masa!” - Aina Abdul buat ‘friendzone’ elak kecewakan

PENYANYI Aina Abdul akui masih belum berpunya namun enggan terikat dengan apa-apa hubungan istimewa buat masa ini.

Kata Aina, dia lebih selesa untuk mengejar kejayaan dalam bidang seni terlebih dahulu sebelum memikirkan hal percintaan.

“Kalau orang bercinta dengan saya, nanti mereka takkan nampak saya sebab terlalu sibuk dengan kerja.

“Saya rasa bukan semua lelaki boleh terima dengan cara macam tu.

“Saya tak mahu kecewakan mana-mana lelaki... tak mahu ia terjadi, ” katanya kepada mStar.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi