suria

“Saya peluk mummy, tanya kenapa menangis” - Zaki Yamani terpaksa tenangkan ibu, takut ada sesuatu yang tak kena berlaku

BERKONGSI video tangisan ibunya di Instagram, penyanyi Zaki Yamani memberitahu dia tidak menyangka air mata insan yang paling disayanginya itu akan gugur.

Namun Ujar Zaki, tangisan itu rupa-rupanya adalah kerana gembira melihat sokongan orang ramai terhadapnya.

“Saya tengok mak saya gosok mata, apabila saya saya tanya kenapa dan mak hanya menjawab tiada apa-apa.

“Tapi selepas tu baru mak cakap dia terharu sebab ada yang sudi tunggu untuk tonton video muzik terbaharu saya di YouTube, ” katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak Jamal Abdillah, Zaki Yamani pengsan semasa buat IG live - “Tunggu keputusan ujian darah bimbang ada jangkitan”

Bercakap tentang lagu baharu berjudul Slow Mo, ia sebenarnya dicipta untuk dinyanyikan bersama seorang lagi penyanyi namun kerana masalah teknikal ia hanya dinyanyikan oleh Zaki.

“Lagu Slow Mo ini diciptakan oleh untuk saya dan seorang lagi Instafamous tapi malangnya dia tak dapat sertai sebab ada masalah teknikal, saya reda nyanyi seorang saja.” ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi