suria

“Mungkin anda rasa puas, rasa hebat… tapi tu mentaliti rendah!” - Haqiem Rusli jadi ‘bitter’ sikap selebriti kaki kecam

PENYANYI Haqiem Rusli melahirkan rasa kurang senang dengan sikap segelintir artis yang gemar mengecam rakan selebriti secara terbuka di media sosial.

Kata Haqiem, rakan artis sewajarnya menggunakan platform yang betul jika mahu memberi sebarang teguran atau kritikan.

“Semua orang buat silap, tapi apabila seseorang artis itu berada dalam keadaan dia dikecam, kenapa artis lain perlu masuk campur?”

“Kenapa tak hantar mesej terus kepada dia dan tegur? Kenapa perlu hentam?

“Mungkin anda rasa puas apabila dapat twit, dapat RT... mungkin anda rasa hebat tapi sebenarnya bagi saya ia mentaliti yang rendah, ” katanya kepada mStar.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi