suria

“Terkucil, lupa lirik tu perkara biasa!” - Mawi harap Nabila Razali tak putus asa, buktikan kemampuan sebenar

PENYANYI Mawi berkata peredaran teknologi menjadikan industri hiburan semakin dekat dengan masyarakat khususnya mereka bebas untuk memberikan pandangan dan kritikan.

Ujar Mawi atau nama sebenar Asmawi Ani, 40, artis generasi baharu yang kalis kecaman disifatkan sebagai individu yang hebat.

“Memang sangat berbeza sebab tahun 2005 Facebook baru je mula, Friendster je yang ada. Dulu pun kalau kita nak tengok komen daripada surat khabar.

“Jadi bagi mereka yang dikecam, kalau dia boleh hadap... dia orang yang hebat sebenarnya. Saya tengok artis-artis sekarang kalau kena henjut dengan netizen ramai yang kuat dan boleh sabar, ” katanya kepada mStar.

Pada malam Anugerah Juara Lagu ke-35 yang berlangsung pada Ahad, Nabila Razali menerima kritikan hebat daripada netizen apabila 'terkucil' ketika menyampaikan lagu Peluang Kedua.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi