suria

Noki K-Clique kongsi rahsia buang sikap panas baran - “Kalau rasa nak naik angin, saya ambil wuduk dan solat”

PENYANYI Rap Noki K-Clique berkata dia sedang berusaha untuk mengikis sikap panas baran yang ada dalam dirinya.

Ujar Noki, formula terbaik adalah dengan mendekatkan diri kepada Allah.

“Masih ada sikap tu, tapi Alhamdulillah makin berkurangan. Untuk elakkan rasa panas baran saya sentiasa menjaga solat.

“Kalau rasa cemas atau nak naik angin, saya pergi ambil wuduk dan solat untuk tenangkan diri, ” katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, ujar Noki dia sedang memberi tumpuan untuk persediaan ke Anugerah Juara Lagu AJL ke-35 pada Ahad ini.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

noki k-clique, ajl, panas baran,


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi