suria

“Saya nak tunjuk bini baru tu baik!” - Haiza cuba bela, jaga emosi wanita dituduh perampas suami orang

ISU perosak rumah tangga hangat menjadi buah mulut orang ramai terutamanya apabila ia turut membabitkan golongan selebriti.

Namun bagi penyanyi Haiza Hanafi, dia tidak berniat mengambil kesempatan berhubung kekecohan itu dengan melancarkan lagu terbaharunya iaitu Mantan Isterimu.

“Sebenarnya ia kebetulan sebab kita rekod lagu ini masa PKPP tahun lepas, kita tak terfikir akan ada cerita-cerita kes curang ni.

“Jika orang nak kaitkan dengan apa yang berlaku tu, terpulang kepada anda. Sebabnya ada beberapa kes melibatkan kawan-kawan saya juga.

“Memang tiada niat langsung dan kebetulan sahaja, ” katanya kepada mStar.

Menurutnya lagi, lagu ini bukanlah menyokong tindakkan perampas suami orang seperti yang didakwa segelintir pihak namun hanya menceritakan tentang situasi sebenar.

“Selalu orang katanya isteri baru adalah jahat, bekas isteri baik. Jadi saya nak tunjuk satu sisi lain iaitu isteri baru adalah baik, ” katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi