suria

“Watak saya bakal tenggelam, macam mana nak shine kalau ramai pelakon hebat!” - Janna Nick

SERAM dan penuh debaran, filem baharu arahan Datuk Profesor Dr. A.Razak Mohaideen berjudul Selamat Hari X Jadi pastinya menjadi pilihan penonton sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Mana tidaknya, konsep unik gabungan genre seram dan komedi pastinya membuatkan penonton tak senang duduk.

“Filem ini mempunyai konsep yang unik, antara sebab saya terpikat untuk melihat naskah ini adalah ia mempunyai jalinan komedi dan seram adalah berlainan tidak sama seperti Syif Malam Raya yang saya hasilkan sebelum ini.

“Saya percaya cerita boleh menyebabkan penonton yang mempunyai dua cita rasa genre komedi dan seram akan merasai satu suasana atau pengalaman menonton yang berbeza.” katanya.

Selamat Hari X Jadi sudah ditayangkan di saluran Astro First bermula 25 Februari lalu.

Sementara itu, pelakon utama Janna Nick yang membawa watak sebagai Hani berkata, dia perlu tampil menyerlah berbanding watak-watak lain dalam filem berkenaan.

“Saya perlu lebih menyerlah untuk watak Hani ini tapi cabarannya watak lain yang dibintangi pelawak dan pelakon-pelakon hebat lain membuatkan watak saya jadi tenggelam.

“Boleh dikatakan watak saya bakal tenggelam dan itu adalah cabaran untuk saya macam mana saya nak shine dalam ramai-ramai pelakon yang hebat-hebat, ” ujarnya kepada mStar.

Selamat Hari X Jadi turut dibintangi oleh Datuk Aaron Aziz, Nasha Aziz, Zalif Sidek, Issey dan Nasz Sally.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi