suria

Gara-gara dapat ‘result’ teruk, Luqman Faiz sanggup perlahan kerjaya seni - “Saya rasa tertekan sikit”

PENYANYI Luqman Faiz berkata dia terpaksa memperlahankan kerjaya seni bagi memberi tumpuan dalam pelajaran.

Bagaimanapun ujar Luqman, 21, dia tidak melupakan bidang nyanyian namun perlu menyusun perjalanan hidup dengan baik demi masa depan.

“Alhamdulillah saya sihat, saya lama menghilang bukan sebab dah ketepikan bidang seni.

“Tapi sekarang saya lebih fokus kepada pelajaran sebab sebelum saya rasa tekanan.

“Sejujurnya pelajaran saya teruk sikit ketika lagu Kepuraanmu dilancarkan, ” katanya kepada mStar.

Bagi mengubat kerinduan peminat, Luqman bakal tampil dengan single terbaharu berjudul Boneka Cinta tidak lama lagi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi