suria

“Saya bukan syaitan atau malaikat!” - Da’i Syed lalui fasa tekanan, rasa ‘down’ baca komen netizen

PENDAKWAH muda dan penyanyi Da'i Syed bakal tampil dengan lagu baharu bertajuk Ya Habib yang boleh didengar bermula 5 Mac.

Ujar Syed atau nama sebenar Syed Shah Iqmal Syed Muhammad Shaiful, lagu ini ditulis ketika dia berada dalam Pusat Tahanan Reman Sementara di Beranang, Selangor.

“Lagu ini tentang seseorang yang diuji dan ujian itu terlalu melunturkan diri, jiwa hingga berasa sedih dan pilu, ” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Syed mengakui mengalami tekanan gara-gara tohmahan serta kritikan daripada masyarakat.

“Saya manusia, bukan dilahirkan sebagai syaitan atau malaikat. Saya manusia biasa yang mempunyai sifat-sifat manusia iaitu tak boleh lari daripada rasa down, sedih, marah atau serabut.

“Tapi saya sentiasa untuk positifkan diri sebab tahu kat luar sana ramai yang diuji, kita semua ada ujian masing-masing.

“Sebagai orang yang diuji saya nak beritahu saya mampu bangkit dan anda juga perlu bangkit macam saya, ” katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Dai Syed, Ya Habib, Lagu Baru, Nasyid,


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi