suria

Akhirnya ibu Nabila Razali bersuara, kagum anak mampu hadap ujian - “Kadang-kadang saya pun hilang sabar!”

IBU kepada Nabila Razali iaitu Shamsidah Abd Rahman memberitahu, anaknya seorang yang tidak mudah putus asa walaupun menerima kritikal hebat selepas membuat persembahan di Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL 35) baru-baru ini.

Ujar Shamsidah, walaupun Nabila menangis selepas menyampaikan lagu Peluang Kedua pada 14 Mac lalu, dia terus bangkit dan bekerja seperti biasa.

“Selepas AJL35 Nabila menangis, saya nak buat macam mana... hanya boleh nasihatkan dia, benda pun dah jadi.

“Saya cakap, kalau Nabila suka kena teruskan... semangat kena kuat dan Alhamdulillah dia boleh terima, ” katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Akui sedih dikritik rakan artis, Nabila Razali tetap tak serik bertanding... jauh sekali berhenti menyanyi!

Nabila Razali menjadi perbualan hangat netizen selepas 'terkucil' ketika menyampaikan lagu Peluang Kedua di AJL 35.

Akui Shamsidah, dia pernah hilang sabar dengan Nabila kerana sering melakukan kesilapan ketika membuat persembahan namun kagum dengan sifat anak gadisnya yang pantang dicabar.

“Kadang-kadang bila berlaku kesilapan, kita sebagai ibu pun pernah hilang sabar dan saya cakap, kalau industri macam ini... inilah caranya, kena belajar, kena tabah dan kena kuat.

“Tapi Nabila jenis orang yang tidak boleh dicabar, jadi dia pandang ke hadapan sahaja... terus belajar, itulah Nabila Razali, ” ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi