suria

Luqman Faiz guna cerita kawan putus cinta buat lagu sendiri - “Satu malam je ambil masa... ilham datang macam air”

SETELAH sekian lama menyepi penyanyi Luqman Faiz kembali dengan single ketiga berjudul Boneka Cinta.

Menariknya Boneka Cinta adalah hasil ciptaan Luqman sendiri bersama Rinkarnaen dan Zack Merican daripada Aries Music Production.

"Lagu ni sebenarnya mengisahkan tentang kawan saya, saya tulis lagu ni satu malam je.

"Ilham tu datang macam air sebab saya fikir tentang kawan saya yang tiba-tiba menangis.

"Lepastu dia cerita masalah tentang kisah dia, teman wanita dia kahwin dengan orang lain," ujarnya kepada mStar.

Dia yang muncul dengan single pertamanya berjudul Kepuraanmu pada tahun 2018 dan Takhta Cinta pada tahun 2019.

Dan meraih leboh 31 juta tontonan di Youtube.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi