suria

Teringin nak makan lemang je pun... nama Fazura tiba-tiba ‘trending’ - “Sebab tak ada yang negatif, saya OK je!”

PELAKON Fazura terkejut apabila namanya menjadi trending nombor satu di Twitter selepas menulis mengenai lemang.

Menurut Fazura atau Nur Fazura Sharifuddin, 38, pada mulanya dia agak risau jika dirinya ada menimbulkan sesuatu isu mengenai lemang.

"Tak tahu nak komen apa, as long as tiada yang negatif la.

"Saya twit rasa nak makan lemang je, tak sangka pula trending dan ramai beri cadangan kat mana nak beli lemang yang sedap," ujarnya kepada mStar.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Tambah suami kepada Fazura iaitu aktor, Fattah Amin, mereka menyambut Ramadan tahun ni dengan bersederhana.

"Puasa tahun ni saya dengan Faz sederhana sahaja, mostly saya sibuk dengan shooting.

"Tapi masih ada kesempatan nak berbuka dengan Fazura," kata Fattah.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi