suria

Lelaki ‘give up’ dengan Julia Farhana gara-gara terlalu sibuk dengan kerja

PELAKON Julia Farhana buat pertama kalinya melancarkan single berkolabrasi dengan penyanyi Awi Rafael.

Kata Julia, walaupun muncul pelakon dalam industri, dia tidak meletakkan mana-mana keutamaan dalam kerjayanya samada menyanyi atau berlakon.

“Secara jujur, saya tak letak mana-mana keutamaan, tapi apa-apa yang berkaitan dengan performing arts.

“Hanya pengurusan masa sahaja yang penting.

Dalam perkembangan lain, Julia berkata, dia kini baharu sahaja berstatus single dan masih mencari seseorang yang betul-betul memahami dirinya.

“At the moment, selepas hubungan sebelum ni, saya lebih memilih untuk privacy, nothing to hide.

“Saya tak salahkan mana-mana lelaki yang cuba kenal saya, at the end give up sebab dengan kerja saya yang busy,

“Ya at the moment saya baru je sahaja single” ujarnya kepada mStar.

Ditanya tentang ciri-ciri lelaki idaman, Julia berkata, dia tidak melihat rupa paras seseorang lelaki sebaliknya melihat kepada tahap kebijaksanaannya.

“Bagi saya look tak penting... yang penting dia bijak dan matang serta kalau suka nature lagi bagus” ujarnya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi