suria

Sweet Qismina menangis tanggung derita positif Covid-19, mental pun terganggu - “Jangan la takut dengan saya”

PADA 29 April lalu pelakon Sweet Qismina akhirnya disahkan bebas daripada Covid-19 selepas menjalani rawatan dan kuarantin bersama ibunya di Pusat Kuarantin Ipoh, Perak.

Menurut Sweet atau Farhanna Qismina Supandi, 24, dia cukup terkesan selepas disahkan positif namun menerima ujian itu dengan reda.

“Satu pengalaman yang luar biasa, saya pun tak jangka terkena pada diri sendiri.

“Agak takut... tapi apabila fikir ini adalah dugaan yang Allah bagi, saya ambil ni sebagai cabaran, ” ujarnya kepada mStar.

Kata Sweet, melalui pengalaman tersebut dia dapat memberi nasihat dan pandangan positif kepada masyarakat mengenai stigma terhadap pesakit Covid-19.

“Mungkin saya ditakdirkan mengalami pengalaman ini agar saya dapat pengajaran dan boleh kongsi dengan orang.

“Saya nak beritahu, kalau orang terkena Covid-19 ni janganlah takut dengan mereka, benda tu boleh buat mereka down, ” katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi