suria

[VIDEO] Zarina Anjoulie tak malu jadi janda, dua kali bercerai - “Buat apa aku nak takut, tak kisah pun!"

PELAKON Zarina Anjoulie akui tidak berasa tertekan dengan status janda selepas dia gagal lagi dalam perkahwinannya.

Menurut Zarina atau lebih dikenali sebagai Anju, buat masa ini dia mahu memberi fokus kepada keluarga dan membesarkan anaknya.

“Anju tak kisah pun jadi janda lagi sekali, lain la kalau saya tak ada wawasan atau cita-cita.

“Sekarang ni matlamat utama hidup Anju adalah untuk menjaga ibu bapa dan anak saya.

“Lagipun buat apa nak takut, tahu tak berapa ramai ibu tunggal di luar sana yang mampu membesarkan anak hingga mereka berjaya masuk ke universiti?” ujarnya.

Pada 3 May lalu Zarina mengumumkan dia sah bercerai lagi dengan bekas suaminya, Eliyas Azhar.

Kisah perceraian kali kedua berlaku hanya selepas beberapa bulan sahaja kembali rujuk sebagai sepasang suami isteri selepas bercerai kali pertama sekitar Januari lalu.

Zarina mendirikan rumah tangga dengan Eilyas pada 17 Julai tahun lalu di Pejabat Agama Islam Daerah Seremban, Negeri Sembilan selepas empat tahun bergelar ibu tunggal.

Sebelum ini, dia pernah mendirikan rumah tangga dengan jejaka berasal dari Brunei pada tahun 2015 dan bercerai pada Disember 2016.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Awangku Gabriel Martin Ezra.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi