DULU persengketaan dua nama besar dalam dunia hiburan iaitu Fauziah Ahmad Daud atau Ogy dan Erma Fatima pernah dipaparkan menerusi telefilem Pengantin Popular yang diterbitkan pada 1994.
Namun kini selepas 27 tahun, 'pergeseran' itu diwarisi pula oleh anak-anak mereka iaitu Ika Natalia (Tiz Zaqyah) dan Erma Erika (Nabila Huda) menerusi drama terbaharu berjudul Diva Popular.
Drama itu memaparkan tentang pertelingkahan yang tiada kesudahan antara Datuk Rona Alfonso (Erma) dan Lola Kartika (Fauziah) yang merupakan musuh sejak azali.
Menurut Nabila Huda, karakternya kali ini agak mencabar berbanding watak yang pernah digalasnya sebelum ini.
“Watak Erama Erika ini ialah sebagai seorang pelakon kayu dan penyanyi YouTube yang menyanyi autotune.
“Jadi nak berlakon sebagai seorang pelakon kayu tu susah... ia agak mencabar dan memenatkan, ” katanya kepada mStar.
Nabila ditemui ketika sesi penggambaran drama Diva Popular yang diadakan pada awal Januari lalu.
Drama arahan Rashid Sibir ini menemui penonton melalui Slot Dramatix, setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 7 malam menerusi Awesome TV dan MyTV.
Ia juga boleh disaksikan secara siaran tertunda melalui laman sesawang rasmi Awesome TV di www.awesometv.my.
Tajuk Drama: Diva Popular
Produksi: Rumah Karya Citra
Tarikh tayangan: 17 Mei 2021
Waktu siaran: Isnin - Jumaat, 7:00 malam, Slot Dramatix
Penulis skrip: Erma Fatima
Pengarah: Rashid Sibir
Pelakon: Tiz Zaqyah, Nabila Huda, Erma Fatima, Ogy Ahmad Daud, Kaka Azraff, Ben Amir, Ucop Dubsmash, Fazlina Ahmad Daud, Iqram Dinzly, Azwan Ali, Nasz Sally, Zee Zainal, Ashraf Jamaludin, Amir Nafis, Jabir Meftah, Ellie Suriaty, Zul Ariffin, Syafiq Kyle
Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!