suria

“Maaf sebab rosakkan mata korang” - Nabila Razali menyesal ‘ganggu’ iman netizen gara-gara pakai tudung singkat

AKIBAT memakai pakaian yang agak ketat selain bertudung singkat, penyanyi Nabila Razali sekali lagi menjadi bahan kritikan netizen.

Ujar Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd Razali, 29, dia akan lebih berhati-hati dengan penampilannya sebagai wanita muslimah pada masa akan datang.

“Perkara itu berpunca daripada kekhilafan diri sendiri dan saya ingin meminta maaf sekiranya secara tidak langsung merosakkan pandangan orang ramai.

“Cuma pada malam itu saya mahu kelihatan presentable, tak sangka apabila bergambar nampak lain pula. Harap mereka semua doakan saya agar kekal iqstiqomah, ” ujarnya kepada mStar.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Dalam pada itu Nabila juga turut memberi kata-kata semangat kepada Tiktokers dikenali sebagai Suekhaizar yang kini menerima kecaman selepas muncul dengan single pertama berjudul Aku Budak Girl.

“Saya pun bukanlah lama sangat dalam bidang nyanyian ni, cuma apa yang boleh saya katakan ialah jangan putus semangat dan teruskan berkarya... lakukan perkara yang kita suka.

“Kita kena sentiasa terus belajar, jangan rasa seronok sangat apabila dah dapat views yang tinggi, perlu ada rasa ingin tahu dalam diri sendiri, ” katanya.

Suekhaizar teruk dikecam netizen kerana dikatakan tidak memiliki vokal yang baik untuk bergelar penyanyi sungguhpun lirik video lagunya itu kini ditonton lebih dua juta tontonan di YouTube.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi