suria

Selepas dikutuk suara ‘ke laut’, Suekhaizar nak jadi macam Mira Filzah pula! - “Waktu sekolah rendah saya menyanyi nasyid”

RAMAI tertanya-tanya apa kriteria utama untuk seseorang itu bergelar penyanyi.

Persoalan itu makin hangat dibincangkan selepas seorang Tiktoker dikenali sebagai Suekhaizar yang memiliki lebih 1.3 juta pengikut di TikTok tampil dengan single pertama berjudul Aku Budak Girl.

Selain judul lagu yang pelik, vokal Sue atau Surul-an Khairul Azhar juga menjadi bahan kecaman netizen hingga menerima dislike yang tinggi di saluran YouTube walaupun trending di kedudukan kedua.

Namun ujar penyanyi berusia 17 tahun itu, kritikan netizen tidak mematahkan semangatnya untuk mencuba nasib dalam industri muzik.

“Saya rasa sedih dan down sikit tapi cuma fikir positif sahaja. Memang betul apa yang mereka cakap tu, saya kena perbaiki vokal.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

“Walaupun ramai yang mengecam saya di TikTok, tetapi saya rasa kelakar sebab ada yang sampai buat remix dengan lagu tu, ” ujarnya kepada mStar.

Selain itu Sue berkata dia juga turut menyimpan hasrat untuk menceburi bidang lakonan kerana dia meminati pelakon Mira Filzah.

“Berlakon dengan modeling tu memang minat saya.

“Saya sebenarnya minat dengan Mira Filzah, so nak jadi macam dia la nanti, ” katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi