suria

All Together Now Malaysia buka rezeki kru belakang tabir, Zizi Kirana minta jangan fokus artis saja - “Mereka dapat beri makan untuk keluarga”

SALAH seorang juri program All Together Now Malaysia (ATNMY) iaitu Zizi Kirana mengakui terkilan apabila rancangan nyanyian yang baharu bersiaran satu episod terpaksa dihentikan sementara kerana didakwa tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP).

Sepanjang tempoh rakaman itu berlangsung, Zizi berkata barisan kru produksi, artis dan peserta mematuhi setiap garis panduan yang ditetapkan pihak berkuasa.

“Rakaman program ini dijalankan pada Mac lalu... memang kami semua mengikut SOP yang ditetapkan kerajaan. Semua yang terlibat diminta melakukan ujian calitan terlebih dahulu, malah kawalan dalam dewan juga sangat ketat.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

“Apabila Astro umum tangguhkan dahulu program itu... tidak mengapalah, kita ikut sahaja apa yang terbaik!

“Netizen janganlah fokus pada artis sahaja, lihat disebalik program itu ada kru dan peserta yang mempunyai tujuan masing-masing... ada yang mencari rezeki melalui program begini," katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi