suria

“Cantik tak rambut I?” - Safiey Ilias sempat ‘catwalk’ di koridor mahkamah pakai baju lokap, direman 3 hari tuduhan amang seksual

CANTIK tak rambut I, demikian reaksi usahawan kosmetik Safiey Ilias selepas Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi membenarkan dia direman selama tiga hari sehingga Ahad ini.

Safiey atau Mohd Safiuddin Ilias, 27, bersama seorang lagi rakannya didakwa membuat komunikasi lucah dan amang seksual dengan kanak-kanak di bawah umur.

Perintah reman bermula Jumaat dikeluarkan Hakim Effandi Nazila Abdullah yang bertindak sebagai Majistret.

Peguam Nursyafiqah Zamani yang mewakili kedua-dua suspek ketika ditemui memberitahu, mereka didakwa Seksyen 12 dan 15 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Terdahulu Safiey didakwa berkelakuan lucah di hadapan dua remaja termasuk menggoyangkan dadanya dalam satu sesi Instagram live.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi