suria

Ara Johari belajar fesyen, berubah jadi lebih feminin pula! - “More to Korean look... tak berani pakai dress lagi”

PENYANYI Ara Johari menafikan perubahan imej baharu yang lebih feminin merupakan petanda dia sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga.

Menurut Ara, 24, penampilan itu adalah percubaan untuk dia menyesuaikan fesyen terkini seiring dengan perjalanan karier seninya.

"Saya tukar penampilan lebih feminin bukan sebab nak kahwin, saya pun tak terfikir lagi ke arah itu!

ARTIKEL BERKAITAN: Ara Johari buka kedai makan di Kampung Baru, persediaan sebelum susah - “Dah tua nanti tak tahu cukup kuat lagi ke nak menyanyi”

"Nak cakap too feminin tak juga sebab saya akan pakai apa yang saya rasa selesa.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Melihat kepada imej baharu ini, ada yang komen positif dan sebaliknya tapi bagi saya... saya cuma jadi diri sendiri," katanya kepada mStar.

Ara berkata demikian ketika ditemui semasa pada sidang media secara virtual single terbaharunya berjudul Tetap Aku Cinta ciptaan Amy Bong, Nahruf dan MFMF serta lirik ditulis Ara dan Amy Bong.

Lagu dan video muzik (MV) boleh didengar menerusi YouTube Rocketfuel Network.

TONTON VIDEO PENUH TEMUBUAL MSTAR INI

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi