suria

Ramai terkejut dapat tahu Daiyan Trisha ‘kaki’ panjat pagar sekolah - “Tiru dalam exam pun pernah, tapi tak bawa toyol!”

KETIKA calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2020 meraikan keputusan masing-masing sejak Khamis lalu, pelakon dan penyanyi Daiyan Trisha pula mengimbau kenangan zaman persekolahannya.

Ujar Daiyan atau nama sebenarnya, Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin, 28, dia merupakan seorang pelajar yang agak nakal di sekolah.

Namun kata Daiyan pada masa sama dia tetap memberi tumpuan pada pelajaran.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

“Saya nakal juga waktu zaman sekolah tetapi masih pentingkan pelajaran. Saya juga pernah sorok telefon apabila ada spot check.

“Bukan tu je, saya pernah potong dan panjat pagar belakang sekolah untuk masuk ke kelas... bukan nak ponteng.

“Masa tu saya dengan geng semua dah terlambat nak ke kelas, ” katanya kepada mStar.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi