suria

Meer Nash ‘Oppa Malay’ sanggup duduk berjam-jam depan cermin sebab makeup! - “Bukan sebab nak jadi Korean”

SUDAH menjadi kebiasaan untuk setiap artis memiliki ‘signature’ tersendiri bagi membuatkan mereka berbeza daripada selebriti lain.

Bagi penyanyi Meer Nash pula, dia memegang gelaran ‘Oppa Malay’ gara-gara penampilan fizikalnya ketika menyertai program ‘I Can See Your Voice Malaysia’ (ICSYVM) musim ketiga.

Meer atau nama sebenar Muhamad Shahmeer Mohd Nashrul, 26, berkata gelaran tersebut diberi oleh para penonton dan ia menjadi inspirasi untuk dia menulis lagu yang mengetengahkan muzik berunsur K-pop.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

“Saya dapat gelaran ni selepas muncul di program I Can See Your Voice Malaysia, pada malam itu ramai penonton yang panggil saya ‘Oppa Malay’.

“Gelaran itu juga merupakan inspirasi bagi saya untuk menulis lagu Saranghae, ” ujarnya kepada mStar.

Sementara itu bercerita tentang imejnya hingga digelar ‘Oppa Malay’, Meer berkata dia selesa dengan penampilan seumpama itu.

“Saya memang suka bersiap... suka eye makeup dan sebagainya. Bukan nak jadi macam orang Korea tapi saya selesa begini, ” katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi