suria

Kena halau sebab tak bayar sewa, curi-curi tinggal di rumah terbiar... Michael Ang simpati nasib kru drama merempat gara-gara PKP

SEJAK pandemik Covid-19 melanda negara pada tahun lalu, ramai rakyat Malaysia terkesan kerana hilang punca pendapat gara-gara pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Terbaharu pengarah dan penerbit drama, Michael Ang, berkongsi berita sedih mengenai nasib pekerja belakang tabir dalam industri hiburan yang terpaksa hidup merempat.

”Saya kasihan dengan nasib rakan-rakan industri terutama sekali kru saya sendiri, kita pun tahu yang mereka ini kalau ada kerja baru ada gaji.

“Saya rasa sedih apabila dapat tahu ada yang sampai dihalau keluar dari rumah sewa dan terpaksa duduk di rumah terbiar kerana tidak dapat membayar sewa, ” ujarnya kepada mStar.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Bagaimanapun menurut Michael dia turut menghulurkan sedikit bantuan mengikut kemampuan kepada mereka yang berdepan masa sukar seperti ini.

“Ada juga tolong mereka... kalau nak pinjam pun saya tak kisah seperti yang terdesak perlukan duit bagi kos isteri nak bersalin.

“Ada juga yang saya dahulukan gaji walaupun projek belum siap, ” katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi