suria

Kak Girl selesa tayang rambut, nak jadi diri sendiri sekurang-kurangnya sekali - “Saya nak keluar zon sekarang, balik ke asal”

TIDAK lagi mengenakan hijab, penampilan terbaharu pelakon dan personaliti media sosial Kak Girl mengejutkan ramai peminat dan pengikut di laman sosial.

Menjelaskan mengenai imej tanpa tudung itu, Kak Girl atau nama sebenar Nur Amira Maslan, 33, berkata dia hanya menjadi diri sendiri dan memohon maaf kepada orang ramai jika tindakannya itu melukakan hati ramai pihak.

“Apa saya buat ini (tidak lagi bertudung) bukan benda yang boleh dibanggakan, cuma buat masa ini saya perlukan ruang untuk diri sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: Pengantin PKPB! Kak Girl tamatkan zaman janda, selamat bergelar isteri Osman Ali

“Saya dah tanggung banyak perkara dan lalui macam-macam masalah. Saya nak keluar dari zon saya berada sekarang dan jadi asalnya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

“Sejujurnya, sebelum ada nama Kak Girl... saya memang freehair! Saya tak salahkan orang lain atas apa yang berlaku, saya salahkan diri sendiri.

“Ada yang tanya adakah ini berpunca hal rumah tangga? Biarlah saya simpan sendiri... cukuplah saya kata terlalu peribadi untuk saya kongsi. Saya minta maaf!," katanya kepada mStar

TONTON VIDEO PENUH TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi