suria

Khai Bahar bagi pesanan ‘deep’ untuk Suekhaizar ‘Aku Budak Girl’ - “Teruskan kalau tak memudaratkan atau memalukan diri”

MENYEDARI kritikan segelintir netizen mengenai kemampuan vokal pendatang baharu Suekahizar menerusi lagu Aku Budak Girl, penyanyi Khai Bahar memberitahu dia juga pernah menerima kecaman yang sama ketika di awal kemunculan dahulu.

Dalam hal ini, Khai berkata setiap penyanyi baharu harus menerima kritikan itu dari sudut positif dan menjadikannya sebagai pembakar semangat untuk lebih berjaya.

"Semua orang boleh nyanyi... saya pun ada pengalaman masa mula-mula menyanyi dulu pun orang kutuk juga, kutukan ini memang kita tak boleh lari.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas dikutuk suara ‘ke laut’, Suekhaizar nak jadi macam Mira Filzah pula! - “Waktu sekolah rendah saya menyanyi nasyid”

"Bagi saya kita tak boleh nak tutup mulut orang sebab masing-masing ada pandangan dan telinga mendengar... masing-masing ada hak untuk bersuara dan kita pun tak boleh menidakkan pendapat mereka.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Mungkin apa mereka cakap tu benda betul, kalau rasa tak okay pernbaiki la diri kita... tapi dalam masa sama pandang dari sudut positif dengan melihat kekurangan dan kelebihan kita," katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi