suria

“Bukan saya bogel pun” - Aniq Suhair padam gambar berseluar dalam, ambil kira nasihat peminat

RESAM dunia selebriti, macam-macam cara dilakukan untuk mencuri tumpuan peminat di media sosial termasuk dengan cara mendedahkan bahagian tubuh untuk tontonan umum.

Begitu juga bagi pelakon baharu Aniq Suhair, 21, yang memilih untuk berkongsi foto tanpa baju di Instagram bagi memberi motivasi kepada diri sendiri dan orang ramai.

“Bagi saya kalau body dah siap, saya nak post dengan tujuan... kalau saya boleh buat, anda juga boleh.

“Bukan sebab sengaja nak buat orang cair apabila melihat gambar tu, tapi ye lah pemikiran orang semua berbeza, ” katanya kepada mStar.

Sementara itu ditanya mengapa memadam video memakai seluar londeh hingga menampakkan seluar dalam, finalis Hero Remaja 2020 ini berkata dia mengambil kira pandangan umum.

“Pertamanya saya ada hak untuk post atau padam, itu semua terpulang pada saya sendiri.

“Lagi pun bukannya saya bogel pu, tapi apa-apa pun saya kena ambil kira pandangan orang. Ramai juga yang cakap saya patut jadi contoh yang baik... jadi saya minta maaf, ” katanya.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi