suria

Tiada cara lain! Eyka Farhana terpaksa ‘cancel job’ di Indonesia - “Rugi tak dapat kembang bakat di negara jiran”

PELAKON Eyka Farhana terpaksa melepaskan projek lakonan drama Pretty Little Liars musim kedua yang menjalani penggambaran di Indonesia kerana penularan wabak Covid-19.

Menurut Eyka, 26, dia menarik diri daripada membintangi drama itu kerana terikat dengan komitmen lakonan lain yang tertangguh di Malaysia kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

“Sepatutnya sekarang saya sedang jalani penggambaran drama bersiri Pretty Little Liars musim kedua di Indonesia tapi terpaksa cancel disebabkan Covid-19.

ARTIKEL BERKAITAN: Sweetnya! Eyka Farhana, Akhyar Rashid berbalas pantun ucap ‘I love you’

“Produksi sana tetap teruskan penggambaran tapi mereka terpaksa tukar pelakon lain walaupun dah konti (kesinambungan) sebelum ini... saya ikutkan boleh saja pergi ke sana tapi sebab di Malaysia ada beberapa penggambaran lain yang ditangguhkan kerana PKP3.0, jadi perlu diselesaikan segera selepas sekatan ini berakhir.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

“Awalnya saya hampir pergi ke sana kerana mereka dah sediakan permit semua tapi disebabkan Covid dan PKP, terpaksalah dibatalkan... rugi kerana saya tak dapat nak kembangkan bakat di negara jiran, malah produksi dan platform digital viu pun alami kerugian sama," katanya.

TONTON VIDEO PENUH TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi