suria

Aidilia Hilda risau alami batuk berpanjangan akibat Covid-19 - “Saya perlukan suara... baru je nak bina karier”

SELEPAS tiga kali melakukan ujian calitan atau swab test, penyanyi Aidilia Hilda disahkan positif Covid-19 pada Ahad lalu.

Menurut Aidilia, dia hanya mengalami simptom ringan namun berdepan masalah batuk yang sangat teruk sehingga membimbangkan.

"Saya hanya mengalami simptom yang sangat ringan... walaupun nampak sihat rupa-rupanya saya positif Covid-19! Benda ini sangat menakutkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Aidilia Hilda akui MV 'Tak Mau Mau' dapat tontonan tinggi kerana Aniq Suhair

"Kemungkinan batuk-batuk berpanjangan ini adalah kesan jangkitan tanpa gejala sebelum ini. Ini paling saya risaukan sebab ada yang saya dengar dapat simptom batuk tak sembuh-sembuh, itu buatkan saya takut.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Risau sebab saya perlukan suara saya, tak tahu nak cakap macam mana... tapi saya cuba ikhtiar berubat secara tradisional," katanya.

TONTON VIDEO PENUH TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi