suria

Erma Fatima pening kepala buat majlis risik online, ‘bergaduh’ dengan Internet - “Sekejap-sekejap dia hilang, stress betul!”

RAMAI yang memuji tindakan pelakon Erma Fatima melangsungkan majlis merisik dan meminang bakal menantu yang menetap di Johor secara virtual namun masih mengekalkan adat Melayu.

Cerita Erma, majlis secara dalam talian untuk anak sulungnya itu terpaksa diadakan walaupun ia merupakan pilihan terakhir ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih dikuatkuasakan.

“Sebenarnya benda itu adalah satu perkara yang saya tak suka nak buat sebab ia seperti melanggar adab, tetapi rancangan ni sudah tertangguh selama setahun sejak PKP yang pertama.

“Mereka pun sudah berkawan selama empat tahun dan kalau saya ikutkan juga PKP ni memang sampai ke sudah la anak saya tak berkahwin, ” katanya kepada mStar.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Menurut Erma atau nama sebenarnya Fatimah Rahmad Ali, majlis merisik yang dilangsungkan atas talian itu agak mencabar kerana masalah teknikal yang tak dapat dielakkan.

“Memang sangat tertekan disebabkan line yang asyik terputus apabila saya bercakap dengan pihak perempuan yang berada di Johor.

“Jadi untuk tidak membuang masa kami cuba untuk percepatkan proses tersebut kerana takut line tersangkut, ” katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi