suria

Damia minat menyanyi lepas ikut ibu buat ‘show’ kenduri kahwin - “Semuanya bermula di rumah Harry Khalifah”

PENYANYI baharu Damia meluahkan rasa syukur kerana lagu pertama nyanyiannya berjudul Pasrah berjaya menambat hati peminat.

Menurut Damia atau nama sebenar Fathin Nur Insyierah Damia Mohamad Khalil, dia menerima tawaran menyanyikan lagu tersebut ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu.

“Saya tak sangka tontonan mencecah 11 juta di YouTube, Alhamdulillah... itu lagu pertama saya diterima, memang rasa seronok.

“Ceritanya semasa PKP tahun lepas, saya ada di rumah ayah Harry (Harry Kalifah), dia tanya saya nak lagu tak? Saya terima sajalah, ” katanya kepada mStar.

Sementara itu, gadis berusia 15 tahun ini berkata minatnya terhadap bidang nyanyian bermula selepas mengikuti ibu membuat persembahan di majlis perkahwinan.

“Bakat saya daripada mama! Mama menyanyi di majlis kenduri kahwin, saya selalu ikut mama dan sekarang saya pun dah boleh menyanyi.

“Saya ada pergi satu karnival anjuran RTM, mulanya tiada niat nak masuk pertandingan itu tapi selepas sertai Alhamdulillah saya mendapat tempat keempat, ” katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Damia, Pasrah, Harry Khalifah,


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi