suria

Azar Azmi ‘clingy’ dengan Hafreez Adam, boleh teman borak berjam-jam sampai tertidur - “Dia serius lain, sentiasa gelak”

PELAKON Hafreez Adam mengakui dirinya selesa menjalinkan hubungan persahabatan dengan aktres Azar Azmi.

Menurut Hafreez, pasangan gandingannya dalam drama Derita Untuk Bahagia itu memiliki personaliti menarik dan berbeza dengan wanita lain.

“Azar di mata saya ialah seorang wanita yang kuat bekerja, ceria, saya tak pernah tengok kat set penggambaran di bersedih, kadang-kadang benda tak kelakar pun dia gelak.

ARTIKEL BERKAITAN: Terima hadiah ‘birthday’ istimewa, Hafreez Adam sedang kenali hati budi Azar Azmi - “Kalau selesa tak mustahil ke fasa lebih serius”

“Dia pemurah, tak menyusahkan orang bila bekerjasama... siapa yang kenal dia lebih dekat, dia seorang yang clingy (manja)! Dia sangat lain ya!

“Dia boleh bercakap dalam telefon berjam-jam lamanya, paling lama lebih enam, tujuh jam... ceritanya ada satu malam selepas habis penggambaran drama, dia perlu ke Johor dan kemudian pulang ke Kuala Lumpur semula.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

“Selepas itu dia sambung perjalanan ke Pahang pula, memandangkan dia tak ada pembantu dan memandu sendiri, jadi kami video call. Saya teman sebab takut dia mengantuk, tapi saya yang tertidur," katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi