suria

Siapa kanak-kanak comel viral menyanyi lagu PKP sambil makeup... adik Medina memang sporting! - ”Cikgu pun tak sangka jadi viral”

AKSI bersahaja seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun menyanyikan lagu PKP Datang Lagi dan Kucu Kuca menarik perhatian netizen di media sosial.

Gelagat Nur Medina Irine menyanyi sambil menyolek wajah sepupunya dalam video itu benar-benar mencuit hati dan menghiburkan ramai penonton.

Menurut ibu Medina iaitu Nor Riha Wagimun, anak tunggalnya itu seorang yang pemalu namun memiliki karakter berbeza ketika di dalam rakaman video tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Kenali remaja lelaki manja paksa netizen tidur, bantal Mickey Mouse jadi perhatian - “Content saya untuk orang Indonesia”

“Saya pun terkejut sebab dia viral terlalu cepat, saya pun tak sangka... aksinya dalam video itu spontan sahaja. Dia memang dah pandai mekap sejak umur empat tahun, mungkin dia tengok saya jadi dia belajar sikit-sikit.

“Dia di luar rumah sebenarnya pemalu, jadi apabila viral video itu cikgu sekolah pun kata tak sangka dia seberani itu. Mungkin semasa saya rakam itu dia ingat saya buat simpanan peribadi sahaja.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

“Sebenarnya Medina baru kehilangan bapa kandung pada Januari lalu kerana serangan jantung, sebelum ini arwah bapanya selalu melayan dia buat video... jadi sekarang ini dia la penghibur kami," katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMUBUAL BERSAMA ADIK MEDINA YANG MSTAR SEDIAKAN INI

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi