suria

Belum apa-apa dah sentap, penyanyi BBNU Ahmad Syafiq hadapi krisis ‘identiti’ - “Dulu tiru Khai Bahar, susah jadi diri sendiri”

BEKAS peserta program Lagu Cinta Kita, Ahmad Syafiq berkata dia banyak menerima komen daripada peminat yang menyamakan suaranya dengan penyanyi Khai Bahar.

Menurut Syafiq, 21, bukan sahaja suara dan cara nyanyian, malah penampilannya juga disamakan dengan beberapa selebriti lain antaranya Sufian Suhaimi.

“Semasa saya masih tingkatan lima, saya minat penyanyi macam Tajul, Aiman Tino dan Khai Bahar... paling saya minat Khai Bahar, bila belajar menyanyi saya cuba ikut dia.

ARTIKEL BERKAITAN: Khai Bahar bagi pesanan ‘deep’ untuk Suekhaizar ‘Aku Budak Girl’ - “Teruskan kalau tak memudaratkan atau memalukan diri”

“Sekarang ini saya dah sedar, saya dah tak boleh tiru dia lagi... jadi saya cuba keluar dari zon itu dan cari diri sendiri, agak sukar untuk saya.

“Ada cakap suara saya macam Tajul, Khai Bahar... semasa pertandingan Lagu Cinta Kita, ada orang ingat Khai yang nyanyi. Selain itu, muka saya pun dikatakan macam muka Papa Anas iaitu seorang instafamous terkenal.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

“Fasal imej? Sejujurnya sakit hati juga la... sebab kita dah keluar belanja untuk nampak lain tapi orang masih samakan saya dengan selebriti lain tapi lama-lama saya pun dah lali," katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Syafiq kini sedang mempromosikan single keduanya berjudul Duri yang boleh didengari di semua platform digital dan YouTube Nova Music Videos sejak 6 Jun lalu.

TONTON VIDEO PENUH TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi