suria

“Dulu sebelum kahwin dalam akaun tak ada duit” - Qody Rany jadi penasihat rumah tangga, ada pantang larang kalau nak bahagia

KEBELAKANGAN ini ramai artis muda lebih terbuka berkongsi mengenai perancangan mereka untuk menamatkan zaman bujang dalam masa terdekat antaranya Haqiem Rusli dan Azzam Sham.

Salah seorang penyanyi iaitu Qody Rany yang sudah mendirikan rumah tangga di usia 25 tahun berkongsi pandangannya mengenai hal itu.

“Hal perkahwinan ini perlu dirancang tapi kalau sampai seru dan berkemampuan apa salahnya, benda baik... saya pun ada cakap dengan Azzam rezeki selepas kahwin ini lebih murah.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kita jual bakat, bukannya kisah peribadi” - Qody Rany anggap kahwin bukan halangan untuk jadi artis

“Saya berterus-terang je, sebelum kahwin duit dalam akaun bank saya tak berapa ada duit, selepas kahwin rezeki bertambah. Alhamdulillah!

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

“Saya sokong je kalau rakan artis nak kahwin muda, benda baik... teruskanlah! Kita pun boleh belajar dengan orang yang dah melalui fasa itu dahulu, " katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi