BAKAL menimang cahaya mata tidak lama lagi, komposer dan penyanyi terkenal Harry Khalifah berkata dia teruja menanti kehadiran anak kelapannya itu.
Menurut Harry atau lebih mesra disapa Apak, isterinya iaitu Noormala kini sedang hamil empat bulan.
"Persediaan macam biasa sahaja sebab saya pun dah tujuh anak, pengalaman dah ada sebelum ini. Tak ada masalah!
ARTIKEL BERKAITAN: Anak gadis Apak Khalifah terkejut ‘stranger’ mesej ajak kahwin - “Saya beritahu masih bawah umur, tak boleh lagi”
"Tentang jantina... anak pertama lelaki, kedua perempuan, ketiga lelaki... jadi anak keempat harap dapat anak perempuan tapi masih dapat lelaki sehingga anak ketujuh. Tapi tak apa kita terima apa sahaja rezeki yang Allah beri.
[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]
"Isteri alami alahan di awal kandungan, dia tak boleh bau menumis, bau minyak masak, nasi pun tak boleh bau," katanya kepada mStar.
TONTON VIDEO PENUH TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI
Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!