suria

Air mata Amelina tiba-tiba meleleh... kerja tak ada, duit simpanan menyusut - “Saya jadi takut, hilang arah”

SIAPA sangka keadaan pandemik di negara ini boleh menjadi tema dalam lagu dangdut yang menghiburkan dan dalam masa sama sarat dengan mesej.

Penyanyi Amelina memuat naik beberapa lagunya yang dinyanyikan semula dengan lirik bertemakan Covid-19.

Namun di sebalik wajah cerianya di dalam video itu, Amelina atau nama sebenarnya Norazlina Amir Sharipuddin, 46, berkata dia turut terkesan kerana hilang punca pendapatan dalam bidang nyanyian.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

“Sebenarnya saya rasa amat terkesan dalam masa hampir dua tahun kita PKP ini, saya terpaksa gunakan duit simpanan untuk menampung kos perbelanjaan bulanan.

“Mungkin bulan ini saya boleh bayar, tapi bulan depan macam mana? Ia membuatkan saya hilang arah, kadang-kadang duduk depan TV pun air mata mengalir,” ujarnya kepada mStar.

Bagaimanapun Amelina enggan terus bersedih sebaliknya dia mengambil keputusan untuk menjual makanan atas dorongan peminatnya.

“Peminat saya sangat supportive, mereka cadangkan untuk saya jual makanan memandang mereka pernah rasa saya masak nasi ayam dan nasi minyak.

“Pada mulanya saya rasa rendah diri kerana yang memuji masakan saya tu adalah peminat saya sendiri, tetapi lama kelamaan jumlah pesanan itu semakin meningkat,” katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi