suria

Shalma Eliana bahagia dengan Ismail Izzani, buka rahsia nama manja - “Mula-mula saya panggil dia Jojong”

SETIAP orang yang sedang hangat bercinta pasti ada nama timangan manja untuk pasangan masing-masing.

Bagi penyanyi Shalma Eliana pula, dia memberi gelaran yang agak unik kepada teman lelakinya Ismail Izzani.

Menurut Shalma atau nama sebenarnya, Shalma Eliana Bruhanutheen, 21, dia dan Ismail tidak seperti pasangan lain yang memilih nama panggilan biasa seperti ‘sayang’.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

“Kami ni pasangan yang gila-gila, ada banyak nickname antara kami.

“Tapi sekarang ni saya mula panggil dia dengan nama ‘Joj’! Entah daripada mana idea tu datang pun tak pasti, ” katanya kepada mStar.

Bercerita tentang hubungannya dengan Ismail, Shalma berkata dia begitu selesa apabila boleh menjadi diri sendiri setiap kali bersama teman lelakinya itu.

“Seronok tak perlu nak control, pasangan terima kita seadanya, ” katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain