suria

Gemuk salah! Kurus pun salah... Cat Farish penat asyik ditanya tentang berat badan - “Dulu saya bernafas bunyi macam gajah”

SELEPAS menjalani pembedahan bariatrik kira-kira dua tahun lalu, penyanyi dan pelakon Cat Farish berkata dia masih ditanya soalan sama mengenai penurunan berat badannya itu.

Sampaikan Cat berkata dia terpaksa menjelaskan isu ini berulang kali kerana ada segelintir netizen menyangka dia sedang berdepan masalah kesihatan.

“Sebelum ini banyak dah artikel mengenai pembedahan yang saya lakukan... saya buat pembedahan itu kerana nasihat doktor, sebelum ini saya susah nak bernafas dan menghidap beberapa penyakit lain.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kurus orang cakap sakit, ada juga kata nampak tua” - Cat Farish tak peduli mulut orang, yang penting sihat

“Sekarang berat saya 73 kilogram! Soalan-soalan tentang saiz badan ni memang banyak saya terima. Semasa berbadan gemuk atau besar dulu tak pernah pula orang tanya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

“Apabila dah kurus, banyak pula sangkaan orang kononnya saya sedang sakit, tapi Alhamdulillah ada juga orang risau... sejujurnya saya tak larat nak jawab soalan yang sama,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi