ALAHAI kasihannya! Penyanyi Zaki Yamani meluahkan rasa kecewa apabila tidak dapat bersiaran langsung di akaun Instagram miliknya selepas disekat daripada menggunakan fungsi di aplikasi itu.
Kata Zaki, 15, dia berkemungkinan disekat menggunakan fungsi itu kerana terdapat aduan daripada pengguna media sosial lain.
“Ada satu cerita sedih... saya selalu beri hadiah kepada pengikut di laman Instagram, tapi ada satu malam tu tak boleh, rupa-rupanya kena ban.
“Tak tahulah siapa yang buat report ni! Tiba-tiba je tak boleh live di Instagram. Pelik betul kenapa ada buat report sedangkan saya buat benda baik, selalu buat giveaway hadiah.
[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]
“Janganlah dengki sangat dengan saya! Saya duduk rumah tak tahu nak buat apa... kasihanlah saya,” katanya kepada mStar.
TONTON VIDEO PENUH TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI
Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!