suria

Nabila Huda tahu Awal Ashaari buat luahan sedih kena tinggalkan Melodi, percaya soal rezeki - “Kita berhak untuk rasa apa-apa pun”

TAWARAN mengacarakan program Melodi yang bersiaran di TV3 menggantikan Awal Ashaari dan Janna Nick merupakan salah satu rezeki yang cukup bermakna buat pelakon Nabila Huda.

Menyedari akan ada pihak mempertikaikan pemilihannya sebagai pengacara program tersebut, Nabila berkata setiap orang mempunyai hak untuk bersuara.

"Awalnya saya tak tahu mengenai tawaran ini, sebelum ini saya adalah seorang pelakon dan hanya menunggu untuk dapat kerja sepanjang PKP, tiba-tiba dapat tawaran mengacara program ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Khidmat Awal Ashaari di Melodi ditamatkan... dapat notis dua minggu - “Saya reda dan sikit pun tidak ambil hati”

"Saya ada nampak posting yang dimuat naik Awal itu tetapi sebagai manusia kita ada hak untuk rasa apa sahaja!

"Bagi saya pula, tawaran TV3 ini menunjukkan perjalanan saya agak cerah! Tak pernah ada stesen tawarkan peluang untuk kendalikan program sebesar ini.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Saya ada berbual dengan Awal bertanya mengenai Melodi. Semuanya baik-baik sahaja, jadi orang lain tak perlu la mempertikaikan atau mempersoalkan mengenai tawaran yang diberikan ini," katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi