suria

Issey korban masa tidur urus anak, belajar cara jaga ‘baby’ di YouTube - “Rupa-rupanya bayi menangis pun ada banyak jenis!”

SEMINGGU menjalankan tanggungjawab menguruskan bayi sulungnya, penyampai radio Issey mengakui banyak belajar perkara baharu terutama berkaitan penjagaan bayi.

Issey atau nama sebenarnya Fazlisham Mat Hussin, 34, berkata, mencari info berkaitan itu di laman YouTube.

“Sebenarnya saya baru tahu setiap tangisan baby tu ada jenis-jenis dia. Nak susu lain, perut kembung lain, nak tidur lain. Daddy baru... kena belajarlah.

“Alhamdulillah senang sekarang ni nak cari info. Saya banyak belajar di YouTube saja,” ujarnya kepada mStar.

Isteri Issey selamat melahirkan bayi lelaki pada 31 Ogos lalu dan diberi nama Faaeq Fathian.

ARTIKEL BERKAITAN: Issey dapat anak merdeka! Isteri selamat lahir cahaya mata lelaki selepas 7 jam dalam bilik bersalin

Sementara itu, Issey berkata dia banyak mengorbankan waktu tidurnya bagi memberi isterinya Noor Aimi Jamil mendapatkan rehat yang cukup.

“Banyak perubahan sekarang ini, saya kan kerja pagi... dalam pukul 5 dah keluar rumah dan malam tu biasalah kena berjaga malam jaga baby.

“Saya pula kalau boleh nak isteri cukup tidur dan rehat sebab dia nak menyusu, memang penat sikit tapi kita korbankan sekejap,” katanya.

Dalam pada itu, Issey bersyukur tiga anak tirinya menerima kehadiran adik baharu mereka dengan baik.

“Mereka sangat seronok dapat adik... mereka meraikan cuma yang kecil sekali tu berumur enam tahun dia bertanya tentang hubungan adakah mereka adik-beradik disebabkan bapa lain.

”Dia takut bukan adik-beradik namun saya cakap dia tetap adik-beradik dengan baby,” ujarnya.

Issey dan Aimi berkahwin pada 22 Disember 2019 di Kota Bharu, Kelantan.

Sebelum berkahwin dengan Issey, Aimi adalah ibu tunggal anak tiga hasil perkongsian hidup dengan arwah suaminya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi