LAMA tak dengar cerita tentang personaliti media sosial yang terkenal dengan pelat mat saleh, King Coco atau nama sebenarnya, Marshaira Ismail.
Baru-baru ini nama King Coco kembali diperkatakan selepas mengakui sudah bercerai dengan suaminya, Azrin Anas Abdul Shukor.
Susulan berita itu, ada pula idea-idea nakal dalam kalangan netizen yang mahu menjodohkan ibu tunggal dua anak itu dengan penyanyi rap Caprice.
Kata netizen kedua-dua mereka sesuai dijodohkan kerana mempunyai persamaan iaitu, pelat dalam bertutur.