suria

Kacak anak Vida geleng kepala dengar cerita Iqbal... sembang juta-juta - “Apabila dia kata saya menangis, rasa ni dah lain macam”

NAMPAKNYA bekas pembantu Datuk Seri Vida iaitu Ahmd Iqbal Zulkefli bekerja keras untuk memenangi hati anak-anak jutawan kosmetik itu.

Selepas Cik B secara terbuka menghalang cinta ibunya itu, kini adiknya Muhammad Eric Zecquan Muhammad Amin, 14, atau lebih dikenali sebagai Kacak turut senada.

Ketika berkongsi pendapatnya tentang hal itu kepada mStar, Eric berkata Iqbal bukanlah calon yang sesuai jika ibunya mahu berkahwin lagi

"Ya betul... dia (Iqbal) sesuai jadi abang sahaja. Saya dengan Cik B sepakat/" katanya kepada mStar.

Namun ketika ditanya tentang kenyataan Iqbal bahawa dia menangis sambil meminta supaya menjaga ibunya dengan baik seperti yang disiarkan mStar sebelum ini, Eric menafikannya.

"Saya tidak menangis, saya cuma berkata supaya jaga mama baik-baik.

"Mungkin cara saya mesej ketika itu nampak seperti saya menangis," katanya sambil menggelengkan kepala.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi