suria

Cik B tunjuk reaksi geli tengok video ‘sweet’ Iqbal dan Vida, berkeras halang cinta ibu - “Saya tak suka ada ayah baru!”

TAKUT hilang kasih sayang seorang ibu menjadi punca anak sulung Datuk Seri Vida, Cik B membantah andai kata jutawan kosmetik itu mahu berkahwin lagi.

Luah Cik B atau Edlynn Zamilleen Muhammad Amin, 16, dia juga serik dengan kisah perkahwinan terdahulu ibunya yang putus di tengah jalan.

"Umur macam mama sekarang ni tidak perlu fikir fasal perkahwinan, mama hanya perlu fikir tentang keluarga. Mama nak kahwin buat apa lagi?"

"Saya tak suka mama kahwin lagi sebab ramai lelaki yang kahwini mama sebelum ini ada banyak sisi buruk mereka.

"Lebih baik mama be happy dengan saya dan adik... lagi pun saya tak suka ada ayah baharu," katanya kepada mStar.

"Benda ni berlaku sangat cepat dan mengejutkan, saya harap ini semua hanya marketing.

"Tapi risau juga takut mama tu terjatuh hati pula," katanya.

Sebelum ini Vida dan Iqbal dikhabarkan merancang untuk mendirikan rumah tangga pada hujung tahun.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi