suria

Lama sangat duduk rumah, PS Mansur melatah seorang diri depan laptop - “Kalau pakai earphone lagi terkejut!”

PELAKON yang popular menerusi aksi latah iaitu PS Mansur akui gementar apabila berada di set penggambaran Kampung Latah Kena Kuarantin.

Ujar PS, ini adalah kali pertama dia berlakon dalam filem dan ketakutan untuk beraksi di hadapan kamera sukar dibendung tambahan pula filem ini dibarisi ramai pelakon senior.

“Kalau kita tak berada kat situ, kita nampak berlakon tu senang tapi apabila kita berdepan dengan kamera... saya akan gugup.

“Gugup itu datang dan ia menyebabkan kadang-kadang dialog yang kita dah hafal tiba-tiba boleh hilang. Alhamdulillah semua pelakon dan pengarah banyak membantu,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, PS bersyukur apabila kerajaan memberi kebenaran untuk industri kreatif kembali beroperasi.

“Alhamdulillah penggiat seni dah boleh bekerja... syukur sangat sebab bukan saya seorang je yang terkesan tapi kawan-kawan juga terkesan.

“Lega dah boleh mula bekerja dan kumpul balik (simpanan) yang sudah terpakai selama ini, Alhamdulillah,” katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

PS Mansur, Artis Latah,


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi