suria

Kepala Atiq Azman berjahit terhentak batu sungai, netizen pula terasa pedih - “Mula-mula tutup dengan kain... banyak darah keluar”

MALANG tak berbau... kegembiraan aktiviti mandi sungai pada hujung minggu berakhir dengan tragedi apabila pelakon Atiq Azman menerima lima jahitan di kepalanya kerana terhentak di batu.

Ujar Atiq atau nama sebenar Raja Muhammad Atiqullah Shah, 21, kejadian itu berlaku di Sungai Semungkis, Hulu Langat selepas dia terjun untuk kali kedua.

Malangnya kepalanya pula terkena pada batu di dasar sungai tersebut.

“Masa terjun kali pertama okay tak ada apa-apa, masa terjun kali kedua... terlompat kena batu. Masa dalam air rasa terhentak dan saya berada lama dalam air.

“Apabila dah keluar dari air baru orang cakap kepala saya luka, mula-mula rasa kebas je dan lepas lima minit baru rasa macam pening-pening, masa tu bersiap terus ke klinik,” katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Atiq Azman jatuh lagi, kali ini motosikal ‘total loss’ - “Ada pasir atas jalan, terus hilang kawalan”

Dalam pada itu, Atiq akui sedikit risau dengan kesan jahitan di dahinya kerana bakal terlibat dengan beberapa penggambaran drama bersiri.

“Dalam kereta tu saya terfikir macam mana nak masuk set nasib dalam group drama masih tak beritahu bila nak mula.

“Saya nak kena settle cepat, doktor kata dalam seminggu dua untuk baik tapi parut tu mesti ada cuma kena bersabar tapi kalau boleh harapnya hilanglah,” katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi