suria

Derita rindukan Abam Bocey berakhir, Ali Puteh cerita perbualan dengan arwah ibu - “Abang dah panggil mak... mak betul-betul nak pergi”

RINDU arwah ibu kepada Allahyarham Abam Bocey sudah berakhir.

Cerita pelawak Ali Puteh atau Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 32, arwah ibunya Sabariah Arsyad yang meninggal dunia pada Khamis malam kerap mengadu rindukan abangnya.

Namun kata Ali, kini ibunya itu dapat berehat daripada sakit buah pinggang yang ditanggung selama ini.

"Dia peluk saya, dia cakap mak sayang angah tau... angah pun sayang mak.

"Mak ni betul-betul dah nak pergi... abang kau dah banyak kali datang kat mak, panggil mak,

"saya peluk mak, saya cakap... mak rehat," katanya kepada mStar.

Jenazah Allahyarham Sabariah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Pusu, Gombak kira-kira pukul 12 tengah hari.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi